Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Friday, May 6, 2011

Siapalah gerangannya artis wanita itu..

Berani mati betul pengacara wanita popular ini apabila beraksi mabuk di satu majlis anjuran akhbar tempatan baru-baru ini.
Bukan setakat majlis itu dipenuhi teman media, malah orang-orang atasan daripada akhbar berbahasa Inggeris itu turut geleng kepala melihat gaya pengacara popular itu. 
Mentang-mentang semua yang hadir macam tetamu majlis Hollywood, si pengacara yang juga anak kacukan dan banyak membintangi filem tempatan ini terus mengeluarkan sikap sebenarnya.
Mulanya seorang teman SS yang juga wartawan di akhbar terbabit ternampak kelibat si pengacara yang diundang bagi memeriahkan acara. Namun kemudiannya si pengacara tadi hilang.

Ingatkan balik atau ke tandas, rupa-rupanya si pengacara yang kini berstatus janda tadi lantas mengambil minuman keras dan mula melayan dirinya bersama dua tiga lagi teman-temannya tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Kelakarnya, ketika teman SS menegurnya, si pengacara tadi tanpa segan silu memesan kepada teman SS agar jangan lupa menjemputnya lagi jika ada majlis sebegini. Maklumlah, boleh minum air kencing syaitan itu secara percuma lagi. 
Malah si pengacara cantik itu juga mengingatkan teman SS tadi untuk menjemputnya menjadi pengacara jika ada majlis seumpama itu dianjurkan lagi. Teman SS yang mendengar itu tertelan air liur melihat gelagat pengacara tadi yang sudah berada dalam keadaan separuh sedar. 
SS bukanlah nak menyibuk atau cuba menjadi ustazah pula, cuma apa yang dilakukan si pengacara tadi memang silap dan berdosa besar. Kalau betul pun awak hidup ala kebaratan, tidak perlu berbangga dengan segala macam kejahatan itu kerana hanya orang yang bodoh saja akan kagum dengan semua itu. 
Sebelum ini, ramai sudah mengadu perangainya yang tidak boleh ditegur dan sentiasa ingat dirinya bagus walaupun tawaran pengacaraan buatnya hari ini semakin merudum. 
Mungkin juga ramai orang sudah tidak tahan dengan perangainya yang sombong dan selalu marah-marah kru produksi jika keinginannya tidak dipenuhi. Lama-lama orang serik dan naik menyampah dengan sikap berangan seperti itu. Sayang bakat yang ada padanya, hanya kerana sikap baratnya walaupun kelahiran kampung terpencil di Malaysia ini!
Klik sini untuk berita penuh

   

No comments:

Post a Comment