Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Wednesday, May 25, 2011

Petir ragut 40 nyawa

Di Dhaka, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.
Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman. 

Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu. 

Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi. 



Kredit to Berita Harian Online.......Klik sini untuk berita penuh

No comments:

Post a Comment