Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Monday, May 23, 2011

Gara-gara pinggul Pippa

KEGILAAN untuk memiliki pinggul seperti Pippa Middleton dilaporkan mendorong kepada peningkatan dalam tempahan untuk rawatan mencantikkan bahagian tubuh berkenaan di Britain.
Sejak majlis perkahwinan diraja bulan lalu, pakar bedah kosmetik melaporkan kenaikan 60 peratus dalam kerja pembedahan pinggul di Britain.
Malah, sebuah klinik kosmetik menamakan satu pembedahan, Pakej Pinggul Sempurna yang kosnya mencecah hingga £8,000 (RM40,000).
Pippa menjadi terkenal di seluruh dunia kerana bentuk pinggulnya ketika memainkan peranan sebagai ketua dayang di majlis perkahwinan kakaknya, Kate dengan Putera William pada 29 April di Westminster Abbey.
Kesempurnaan bentuk pinggul adik Duchess of Cambridge itu mendorong Persatuan Pengiktirafan Pinggul Pippa Middleton di wujudkan dalam satu laman sosial Internet.
Kira-kira 200,000 orang dikatakan menjadi peminat laman persatuan itu di Facebook.
“Kami melihat semakin ramai pelanggan wanita datang untuk mendapatkan pinggul yang sempurna,” kata Lesley Khan dari Kilinik Kulit Harley Street kepada akhbar Daily Star.
“Beberapa tahun lalu semua orang ingin tampil seperti Jennifer Lopez. Kini, semua yang datang meminta pinggul seperti Pippa, melengkung tetapi tidak terlalu menonjol.
Ketika William dan Kate berbulan madu di sebuah pulau persendirian di Seychelles, media Britain mengalihkan tumpuan mereka pada Pippa. 

Gambar menunjukkan dia bersama dua teman di Madrid terpampang di semua akhbar utama Britain baru-baru ini ketika dia berlibur dengan bekas kekasih, George Percy, anak Duke of Northumberland, antara orang paling kaya di Britain.
Selama dua minggu lalu, akhbar tabloid di negara itu tidak putus-putus menyiarkan panduan untuk membantu wanita memiliki pinggul seperti wanita berusia 27 tahun itu. 

Bagaimanapun, ada nasihat amat berguna untuk wanita yang cuba meniru bentuk badan Pippa.
“Pinggul hanya akan cantik jika ia berkait dengan kecantikan bentuk badan seseorang wanita,” kata Khan.



Klik sini untuk berita penuh

No comments:

Post a Comment