Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Friday, May 6, 2011

Alahai anak omak...



Lakonan Shaheizy Sam sudah teruji apabila bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 tahun lalu. Dia juga mempunyai aura tersendiri di layar perak apabila kebanyakan filem lakonannya berjaya meraih kutipan pecah panggung.
Dari segi populariti, gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) sudah berada di genggamannya. Ini membuktikan sokongan peminat yang cukup kuat ke atas dirinya.Tapi paling penting, kasihnya pada ibu memang tidak pernah berbelah bahagi. Tidak jemu-jemu Shahiezy Sam atau mesra dengan panggilan Sam sahaja menyatakan kejayaan yang dikecapi adalah hasil doa dan sokongan ibunya, Khaty Fauziah serta anggota keluarganya yang lain.
Tapi apa yang manisnya mengenai anak bujang ini adalah, dia mengikut rasmi padi. Semakin berisi semakin tunduk menyembah bumi. Tiada sekelumit perasaan sombong ataupun perasan bagus hanya kerana dikurniakan keistimewaan yang jarang diperoleh anak seni yang lain.


Klik sini untuk berita penuh 


  

No comments:

Post a Comment