Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Friday, November 25, 2011

Setelah sekian lama

Assalamualaikum & Hello semua
Wah, lamanya tak update blog yer...last kalau tak silap June 2011. So nak crita apa kali ni?hmmmmm...
Sebenernya, aku dah berpindah tugas ke suatu daerah besar di Sabah..hari tu mohon pindah tak dapat tapi tup2x diarahkan berpindah atas keperluan perkhidmatan..dahlah tengah2 bulan kena pindah, masa yang bagi pun teramat singkat untuk lapor diri..seminggu dari tarikh surat..hadoiiii..kelam kabut dibuatnya..macam tak ready dari segi mental & emosi...
Itu satu perkara..satu perkara lagi yang membuatkan aku tak update blog ni sebab aku tengah preggy..yer, sekarang aku dah 7+ bulan..biasalah pada awal pregnancy macam2 hal..tu pasal malas nak update blog..ditambah lagi dengan urusan perpindahan...penat cik kak!
Harap-harap lepas ni jadi rajin balik update blog..cross finger! v(^ ^)v

Thursday, June 23, 2011

Lady Gaga's having a #GagaSecretGig and you could be the winner to find her there! Fill up your details today!

To all Gaga fans,

If you are lucky, you could be with her at a secret location. By registering your details, who knows u might be the lucky winner. Just click here----> Lady Gaga's having a #GagaSecretGig and you could be the winner to find her there! Fill up your details today! and cross your finger!!


Thursday, June 16, 2011

Trip to Hong KOng

Hey, u guys wanna win a trip to Hong Kong? Wanna find more about it? Why dont u click here---->Guys! You can win a trip to HK by just playing the #CastrolMagnatec's AR game. It's addictive! Play them today.

Ni apa kes?

CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.

Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.

Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.

Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.

Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP

Suciamore : Padan muka lelaki tu...

Monday, June 13, 2011

PROTON EXORA

Siapa yang sudah try test Proton Exora? Atau lebih best siapa yang sudah memiliki Proton Exora? 
Bagi yang sudah memiliki MPV ni, aku rasa mesti korang sangat berpuas hati dengan model MPV Proton ni..Kerana dengan PROTON, bukan sahaja anda boleh travel dengan selesa, tapi yang lebih penting adalah keselamatan. Betul tak? 
PROTON Exora ini sangat sesuai dengan keluarga besar sebab ruangan dalamannya yang luas..siap boleh regangkan tangan lagi hehehee...
Bagi yang belum memiliki Exora dan rasa-rasa mau drive test kenderaan ini, boleh daftarkan diri di laman www.allaboutexora.com 
Apa tunggu lagi...



Anda juga boleh klik sini---->
Do you truly know about MPVs? Learn more about them today! #allaboutexora

Berlari sambil beramal

Sapa suka berlari? Bukan lari dari rumah tau...
Pada anda yang suka berlari, apa kata kalu korang berlari sambil beramal? sekurang-kurangnya di samping menyihatkan badan, anda boleh membuat amal kebajikan dengan menyalurkan derma serendah rm10 jer..
Satu larian amal akan diadakan pada 17 hingga 18 Jun ini yang dipanggil sebagai XtraMile Run. Sertai Alex Au Yong dalam larian sejauh 100km sekitar Lembah Klang sambil menderma dalam usaha beliau untuk mengutip derma bagi menyokong kanak-kanak di bawah StArt Society.
Apa itu StArt Society? Ini adalah sebuah badan amal yang membantu remaja yang kurang mampu dengan menyediakan kelas-kelas seni..lebih kurang macam tu lah...
So, apa tunggu lagi? Anda boleh layari http://www.xtramile.info/ untuk keterangan lanjut yer..
Amal yang baik akan diberkati...Insya Allah

Back in action

Assalamualaikum & Hello
IM BACK!!
Wah, tak terasa cuti 2 minggu dah berakhir...macam sekejap jak ( kalulah bleh cuti lagi huhu)..
And, bila cuti dah habis, so kenalah balik bertugas macam biasa..back to routine..back to school, back to get busy.... and back to get tensed? hohoho...
Anyways, these holidays tak berapa best sangatlah in term of feeling happy and else coz kesan dari kes aku tak dapat pindah...yes, i had a bit of depression...but aku tak nak spoilt kan mood cuti yang berkualiti dengan family, aku happykan juga diri ini even dalam hati Allah saja yang tahu betapa aku mengharapkan to stay with my hubby and daughter as one family everafter...sob..sob..sob
But, life goes on kan...take as it comes...even i wish for a better day everyday...

Wednesday, May 25, 2011

Aku sedih...again...AKU SEDIH!!!!!

Hari ini perasaan aku gundah gulana, sedih tak terkata, rasa macam mau jerit sepuasnya...arghhhhhhhh
Aku tak suka!!! kenapa aku tak dapat pindah?!!!!.stressssssssnyaaaaaa....bertambah stres la kalu berterusan begini ni...uwaaaaaaaa


Bah, untuk penjawat awam yang dah dapat keputusan permohonan tukar & tak dapat pindah tu, sama lah kiter yer....apa nak buat!


Yang dapat pindah tu, TAHNIAH! 


Walau dalam hati aku ni berharap sangat supaya salah sorang yang dapat pindah tu adalah AKU....uwaaaaaaaa



Perodua Lagi Best


Sing! Dance! Act! Be creative and do whatever it takes to show us you are Perodua's biggest fan!

All you have to do is to submit a video on Perodua's official FB with the words "Perodua Lagi Best".

Rewards?? We have plenty! Be the lucky ones to walk away with RM10,000 or some yummy iPad 2!!

So are you Perodua's BIGGEST fan? :D

Tell your family and friends today!



"Kami suka sama suka"--->Nera

Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.
Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.
"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.
"Terkejut juga apabila gambar-gambar itu tersebar. Apa-apa pun, maafkan saya jika ada yang berkecil hati kerana gambar itu," katanya.
Sebelum tersingkir dalam AF9, beberapa gambar Nera berpakaian bikini tersebar di Internet dan ia menjadi perbualan hangat di beberapa laman blog.
Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.
"Kami agak rapat dan sering berkongsi masalah sejak menyertai AF9 dan dia juga telah berterus terang bahawa dia cintakan saya.


"Begitu juga dengan saya turut menyukai Azri kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman seperti memahami diri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Nera yang juga merupakan anak saudara bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, belum bersedia untuk menjalinkan hubungan secara serius dengan pelajar tersebut.
"Memang kami suka sama suka cuma mungkin terlalu awal untuk kami bercinta buat masa ini, tambah pula masing-masing sedang mengejar impian," tuturnya.

Cuti tambahan hari raya...yeahhhhh

Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. 
"Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan", kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.
Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

Giggs pun curang juga?

MANCHESTER - Pengakuan bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Ryan Giggs berhubung kecurangannya dengan seorang model glamor di kediaman mereka di sini dua minggu lalu pastinya membangkitkan kesedihan dan kemarahan isterinya, lapor sebuah akhbar semalam
Namun, wanita berkenaan, Stacey Cooke kelihatan tenang ketika muncul di samping suaminya pada majlis penyampaian anugerah MU pada Khamis lalu.
Giggs dituduh menjalin hubungan seksual selama enam bulan dengan Imogen Thomas yang merupakan model, wartawan, bekas ratus cantik dan peserta program realiti televisyen Britain, Big Brother.
Nama Giggs juga didedahkan oleh seorang anggota parlimen di Dewan Rakyat, John Hemmings dari Parti Liberal Demokrat kelmarin dengan menggunakan kekebalan Parlimen.
Menurutnya, 75,000 orang di laman Twitter telah menyebut nama pemain tersebut walaupun Mahkamah Tinggi melarang nama pemain berkenaan disiarkan media selepas peguam Giggs membuat permohonan supaya namanya tidak didedahkan media.
Bintang bola sepak berkenaan sebelum ini mendapatkan perintah mahkamah bagi mengelakkan identitinya didedahkan media Britain berhubung skandal tersebut.
Media negara itu mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada Stacy akan meninggalkan suaminya dan menuntut harta sepencarian berjumlah £25 juta (RM123.3 juta).
Pasangan tersebut mempunyai dua orang anak.
Namun, setakat ini tiada tanda-tanda bahawa mereka akan berpisah.
Media negara itu melaporkan isterinya itu masih berada di sisi Giggs, 37, yang mendakwa cerita tentang kecurangannya itu tidak benar dalam banyak aspek.
Bintang bola sepak tersebut dilaporkan gemar berfoya-foya tetapi hanya bersama kalangan rakan-rakan yang dipercayainya bagi mengelak rahsianya terbongkar. - Agensi
Kredit Kosmo!

Petir ragut 40 nyawa

Di Dhaka, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.
Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman. 

Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu. 

Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi. 



Kredit to Berita Harian Online.......Klik sini untuk berita penuh

Tuesday, May 24, 2011

Yeahhh i got Grapevine@Nuffnang

Hello smua
How was your day? Aku happy sangat ni..kenapa tidak setelah aku Grapevine-hunting beberapa hari ni, akhirnya....akhirnya aku dh dapat klik kat ad Grapevine...wah siokkkk!!! Sebelum aku start lebih details pasal ni, baik korang tolong klik link kat bawah ni dulu

......plssssssss!!  :)

Sebelum ni aku pernah post entry pasal Grapevine ni...(klik sini).
Sejak hari tu, saban hari aku jadi pemburu Grapevine ni thru blogwalking...huhuhu....sebab nak dapat earning dengan cara yang lebih mudah dan masyukkkk hehehehe..
Caranya mudah saja...andainya korang ada terjumpa ad banner yang keluar macam kat bawah ni kat mana-mana blog atau korang bleh clik iklan Grapevine kat sini GRAPEVINE...


Lepas tu, cepat-cepat klik & share kat icon Facebook, Twitter, Msn atau email. Lepas klik, isi email address korang kat step 2....verification email akan dihantar ke alamat email yang korang bagi disertakan dengan link untuk share dan untuk redeem earning..dan korang bleh share link Grapevine korang kat Facebook atau Twitter..korang bleh check earning korang kat link redeem earning yang dibagi...
Mudah kan? Alaahai...
Oh ya lupa nak bagitau...Grapevine ni sesapa jer bleh join..tak kira la korang bloggers atau cuma blog readers :D tapi kena register dulu dengan Churpchurp kat sini ......thank you 


Time to get cool

MAD Deal of the Day: D'Fujicool Car Tinting TK-300 at RM228 instead of RM650 OR XO-800 at RM300 instead of RM1500 for ALL CARS including MPVs & SUVs - 7 Years Warranty by Fujicool Marketing, Damansara Perdana.

Block those harmful UV Rays! In this Malaysian heat, you've got to walk out of the house protected. By that I mean, sunblock, sunglasses and you really got to make sure the car you are driving around the city is tinted!


Topi pelik dilelong

Siapa perasan topi yang pelik masa perkahwinan Prince Williams & Kate pada April lalu?
Topi yang agak luar biasa dipakai Puteri Beatrice pada majlis perkahwinan diraja Britain bulan lalu dijual melalui satu lelongan di laman internet, eBay hujung minggu lalu dengan harga £81,100 (RM400,313). 
Hasil jualan daripada topi direka Philip Treacy berkenaan akan dibahagikan dua antara Tabung Kanak-Kanak PBB, UNICEF dan Children in Crisis, sebuah badan kebajikan Britain.
Puteri terbabit, anak perempuan sulung Putera Andrew dan cucu kepada Ratu Elizabeth II memberikan saat paling dikenang pada hari dramatik itu apabila beliau mengenakan topi berbentuk seakan pretzel gergasi.
Malah ada yang membandingkan hasil rekaan topi itu seperti tempat duduk tandas dan ia mencetuskan penghasilan laman Facebook ‘topi perkahwinan diraja terburuk Puteri Beatrice’ yang mempunyai lebih 143,000 pengikut.
Puteri berkenaan berkata beliau sendiri ‘tidak percaya tindak balas yang mengagumkan kepada topi terbabit,” dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh UNICEF UK. 
“Ia memiliki personaliti tersendiri dan saya sendiri gembira bahawa kita memungut sejumlah wang dan boleh membuat satu perubahan besar dalam kehidupan kebanyakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia,” katanya. – AFP 

Monday, May 23, 2011

4 perisa baru DutchLady..korang pilih mana?


Yiipppiiieeeee....aku suka sangat bila DutchLady nak keluarkan susu perisa baru terutamanya Jagung....I just love it...kalu dulu terpaksa buat pilihan samada susu biasa, strawberi atau coklat..sekarang ni kena tambah 4 pilihan lagi...tapi aku tetap pilih jagung tak taulah napa....soya jagung pun aku bedal habis....ngeeee

Tapi korang pun boleh pilih sendiri mana perisa yang korang suka...klik jer kat gambar yang cute di atas ni yer,,,,:D

Gara-gara pinggul Pippa

KEGILAAN untuk memiliki pinggul seperti Pippa Middleton dilaporkan mendorong kepada peningkatan dalam tempahan untuk rawatan mencantikkan bahagian tubuh berkenaan di Britain.
Sejak majlis perkahwinan diraja bulan lalu, pakar bedah kosmetik melaporkan kenaikan 60 peratus dalam kerja pembedahan pinggul di Britain.
Malah, sebuah klinik kosmetik menamakan satu pembedahan, Pakej Pinggul Sempurna yang kosnya mencecah hingga £8,000 (RM40,000).
Pippa menjadi terkenal di seluruh dunia kerana bentuk pinggulnya ketika memainkan peranan sebagai ketua dayang di majlis perkahwinan kakaknya, Kate dengan Putera William pada 29 April di Westminster Abbey.
Kesempurnaan bentuk pinggul adik Duchess of Cambridge itu mendorong Persatuan Pengiktirafan Pinggul Pippa Middleton di wujudkan dalam satu laman sosial Internet.
Kira-kira 200,000 orang dikatakan menjadi peminat laman persatuan itu di Facebook.
“Kami melihat semakin ramai pelanggan wanita datang untuk mendapatkan pinggul yang sempurna,” kata Lesley Khan dari Kilinik Kulit Harley Street kepada akhbar Daily Star.
“Beberapa tahun lalu semua orang ingin tampil seperti Jennifer Lopez. Kini, semua yang datang meminta pinggul seperti Pippa, melengkung tetapi tidak terlalu menonjol.
Ketika William dan Kate berbulan madu di sebuah pulau persendirian di Seychelles, media Britain mengalihkan tumpuan mereka pada Pippa. 

Gambar menunjukkan dia bersama dua teman di Madrid terpampang di semua akhbar utama Britain baru-baru ini ketika dia berlibur dengan bekas kekasih, George Percy, anak Duke of Northumberland, antara orang paling kaya di Britain.
Selama dua minggu lalu, akhbar tabloid di negara itu tidak putus-putus menyiarkan panduan untuk membantu wanita memiliki pinggul seperti wanita berusia 27 tahun itu. 

Bagaimanapun, ada nasihat amat berguna untuk wanita yang cuba meniru bentuk badan Pippa.
“Pinggul hanya akan cantik jika ia berkait dengan kecantikan bentuk badan seseorang wanita,” kata Khan.



Klik sini untuk berita penuh

"Saya bukan Islam"---->Sila Sahin...


BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.
"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.
"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.
Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Timesmenjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.
"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.
Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.
Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.
Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.
"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.
Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi

Ditahan kerana muat naik video di Youtube

RIYADH - Seorang wanita di Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa negara itu semalam selepas dia melancarkan kempen menentang wanita memandu kereta, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan, Manal al-Sherif juga memuat naik klip video yang menunjukkan dia sedang memandu kereta di Khobar ke laman sosial Facebook dan YouTube agar wanita lain mengikut perbuatannya.
Dia bersama sekumpulan wanita lain turut mewujudkan muka surat dalam Facebook. Muka surat itu berjudul 'Ajar saya bagaimana untuk memandu justeru saya boleh melindungi diri saya.' Dia kini memiliki 11,000 penyokong bagi mendesak kerajaan menggugurkan larangan itu.
Manal yang belajar memandu semasa berusia 30 tahun di New Hampshire, Amerika Syarikat berkata, kebaikan memandu bagi wanita adalah boleh menyelamatkan nyawa, masa dan martabat seorang wanita.
"Ini adalah kempen sukarelawan untuk membantu wanita di negara ini belajar memandu kereta, sekurang-kurangnya pada masa kecemasan," katanya dalam video berkenaan.
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia, Maha Taher berkata, Manal telah ditahan oleh polis agama negara itu pada pukul 3.30 pagi semalam. - Agensi
Klik sini untuk berita penuh

Lagi debu gunung berapi..

PARIS - Debu dari sebuah gunung berapi di Iceland mungkin tiba di utara Scotland menjelang esok sekali gus menjejaskan penerbangan. Jika letusan gunung berapi Grimsvotn itu berterusan, debu berkenaan akan tiba di sebahagian wilayah di Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis ini. 
Beberapa lapangan terbang di Iceland ditutup semalam ekoran kebimbangan bahawa debu dari gunung berkenaan yang meletus pada Sabtu lalu bakal mengancam keselamatan penumpang pesawat. Ekoran angin bergerak ke arah utara, pihak berkuasa menyatakan terdapat risiko yang sedikit akan berlakunya gangguan ke atas laluan penerbangan di Eropah dalam tempoh 24 jam. 
Semalam, pihak berkuasa Britain menimbang untuk menghantar kumpulan pesawat bagi memantau pergerakan debu itu. Beberapa pihak pengendali pesawat kini kerap diberitahu mengenai situasi yang terkini berhubung debu gunung tersebut. Pakar-pakar menyatakan, gunung itu mungkin tidak akan mencetuskan suasana yang sama seperti gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada April tahun lalu.
Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada tahun lalu menyebabkan sejumlah pesawat menghentikan operasi kerana debu yang berterbangan di udara. - Agensi
Klik sini untuk berita penuh

It's Monday again...but last Monday of school..yeahh

Assalamuaalaikum & Hello

Good morning evryone....yeahhh hari ni the last Monday sebelum cuti bermula Sabtu ni...tak sabar rasanya sebab cuti ni boleh spend Q time dengan family..weeeee
Tapi, sebelum cuti kena settle kan beberapa keja la...huhu...takpe mesti boleh habis punya sebelum cuti..harap-harap la ngeeeee..
So u guys, Have nice day ahead yer...jangan culas masa keja ngee

Sunday, May 22, 2011

Are you always on your toes for sounds at night? Get #ADT & get a good night's sleep.

How does living in the city make you feel? Are you always on your toes for sounds at night? Do you wonder where your home is truly safe? Don't take any chances. Turn on ADT and get a good night's sleep.
There's a promotion on going till September, all you've got to do is sign up with ADT. Then our friendly technician will pop by for a site visit and soon you'll be secured! So quick, head on over and sign up with ADT and stand a chance to WIN BIG!





p/s: Sorry la ekk..aku malaslah nak edit entry ni..so aku masukkan jer bulat-bulat...ngeee

Grapevine @Nuffnang

Assalamualaikum & Hello
Salam untuk semua...Entry kali ni aku nak ceciter pasal kempen Nuffnang yang terbaru iaitu Grapevine..
Sebenarnya aku tak berapa mahir sangat pasal ni tapi yang aku tau Grapevine ni salah satu cara nak jana duit dari iklan yang disiarkan kat blog...sebenarnya sama jer dengan kempen Nuffnang yang lain iaitu korang dibayar untuk setiap link yang diklik pada link di blog anda & blog lain..yang bestnyer kempen terbuka untuk semua tak kira lah Nuffnangers atau pun bukan...Macam mana caranya? 
Cuba klik sini dulu GRAPEVINE 1  terima kasih hehehe
Caranya mudah saja...kalu korang ada lihat iklan Nuffnang macam kat bawah ni kat mana-mana blog atau bleh klik sini GRAPEVINE...



Nampak tak Step 1 & Step 2 tu? Hah..klik jer mana-mana platform yang korang nak share iklan tu, FB, Twitter, Messenger atau email..
Hah, lepas dah share jangan lupa isi email korang kat Step 2...ini untuk confirmation yang korang dah join kempen ni..
seterusnya ikut jer arahan pada email tu..mudah jer kan? 
Teruskan dengan meng-share korang punya link yang dibagi supaya korang dapat earning banyak!! Happy Grapevine-ing :D










Saturday, May 21, 2011

Nak hamil setiap hari? Wow...!!


Meski belum melahirkan anak pertama dari tunangannya, Matthew Bellamy, Kate Hudson (gambar) selalu berharap dia sentiasa hamil setiap hari. Bahkan, dia mengaku sudah tidak sabar untuk mempunyai anak lagi.
"Saya sudah tidak sabar untuk memiliki seorang anak lagi. Betapa senangya saya jika boleh hamil setiap saat," ujar Kate menurut Showbiz Spy, Jumaat. Bintang Almost Famous itu sangat bersemangat untuk memiliki anak. Segala persiapan telah dilakukan untuk menyambut kelahiran anaknya.
"Saya terlalu ingin memiliki anak lagi untuk memeriahkan keluarga kami. Saya benar-benar tidak sabar menunggu kelahiran anak kami ini. Kita lihat saja nanti bila anak ini keluar dari rahimku. Apakah matanya akan terbuka atau tertutup," katanya dengan semangat.
Sebelum ini, Kate Hudson telah memiliki seorang anak bernama Ryder yang kini berumur tujuh tahun dari perkahwinannya terdahulu dengan Chris Robinson. 

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. 
Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis. "Sebenarnya arwah nenek tidak mempunyai penyakit yang serius selain diabetis yang dialami sejak tahun 1999. Cuma pada malam tadi, arwah dihantar ke klinik kerana demam panas serta batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi. Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Ayang, keluarganya terkejut kerana tidak sangka Allahyarham meninggal dunia dengan sekelip mata sedangkan pada Khamis lalu, dia bersama ibunya serta Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama.
Malah Allahyarham yang merupakan ibu kepada Faizal Hussein itu baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas.
Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.
Al-Fatihah...

Friday, May 20, 2011

Anak kucing ganjil

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.
Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.
“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.
Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Pelik tapi benar

Bentuk tapak kaki gergasi di sawah


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.comsemalam. Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.
Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.
Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.
Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.
Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.
Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. - Agensi

Tengkorak Mona Lisa ditemui

FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.
Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.
Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.
Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut. Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.

Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. - Agensi

Wednesday, May 18, 2011

16 Mei yang meriah

Assalamualaikum & Hello

Good Morning Malaysia!! Lama sdh tak menulis di ruangan blog ni..asik2 berita semasa..heee sebab tiada idea mo tulis apa :D

Oklah, ni nak cerita pasal Hari Guru yang disambut baru-baru ni (16 Mei)...Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia..dan juga selamat hari lahir buat aku..wah sempat lagi tu..pada 16 Mei, sekolah tak buat acara apa cuma potong kek yang disumbangkan oleh YB Chua untuk sekolah..Terima kasih bebanyak...Hari tu kenyang kitaorang dengan kek ..heeee

Kek harijadi 

Anyways, semalam (17 Mei) sekolah aku ada buat sambutan hari guru ni kat sekolah..meriah jugalah dengan aktiviti yang diadakan seperti bertukar-tukar hadiah, acara baling belon berair, boling botol, kupas kulit epal & sesi karaoke guru-guru..Diharap tahun depan buat lagi tapi dengan penyertaan bersama-sama murid..mesti lebih meriah kebaboooomm!!!

Ni ada gambar-gambar sepanjang sambutan Hari Guru : )

 Hamper pemenang & cabutan bertuah...aku salah seorang yang dapat heheee

 Perlawanan futsal

 Acara berebut kerusi guru lelaki...ada main buyuk!

Acara rebut kerusi guru perempuan...tak sangka ganas jugak!

Acara kupas kulit epal terpanjang

 Perlawanan bola tampar campuran

Kek sumbangan PIBG...thank you

Boling botol...macam pro semua guru main boling

Baling belon berair....macam-macam stail tangkap belon hehee

Acara akhir yang ditunggu-tunggu...ngeeee

'Kami dah kawin...'

LANGKAWI: “Kami sudah berkahwin dan jangan ada pihak cuba ganggu dan musnahkan rumah tangga yang baru dibina ini,” kata pelajar pintar bawah umur, Halimaton Abd Rashid, 16, yang pernah mencetuskan kontroversi awal tahun lalu kerana mahu berkahwin pada usia muda.


Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Parit (SMK) Panjang dan berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling itu mengaku sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 20, pada 7 April lalu di Satun, Thailand. 


“Apa yang berlaku sepanjang dua tahun kami berkenalan adalah ketentuan Ilahi dan saya bersyukur kerana kami akhirnya disatukan sebagai suami isteri walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan.

“Alhamdulillah, keluarga saya khususnya ibu (Normah Abd Mutalib) sudah dapat menerima Adam (Mohamad Noor) sebagai suami saya,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudara suaminya di Kampung Sungai Kedak, semalam.



Halimaton berkata, dia dan suaminya berkesempatan pulang ke kampung di Baling minggu lalu untuk bertemu ibunya, selain beramah mesra dengan ahli keluarga.


Klik sini untuk berita penuh

Monday, May 9, 2011

Tak sakit ker? Macam-macam...


LONDON - Korset yang ditindik pada kulit badan merupakan trend terbaharu yang diminati oleh golongan muda bagi menggantikan tatu.Kos untuk menindik beberapa subang pada tubuh untuk meletakkan reben yang dijadikan korset itu melibatkan kos sehingga £300 (RM1,473).
Bagaimanapun, seorang doktor bedah memberi amaran bahawa korset itu akan menyebabkan parut pada badan buat seumur hidup dan jangkitan kuman.
Korset itu ditindik di bahagian belakang badan, tulang rusuk dan leher namun parut akan muncul dalam tempoh beberapa minggu.
Bagaimanapun, seorang wanita yang menawarkan perkhidmatan itu di Southampton, Laura Hunt berkata: "Ia tidak berbahaya kerana subang yang ditindik itu di permukaan tubuh dan tidak terlalu dalam." - Agensi
Klik sini untuk berita penuh

Sunday, May 8, 2011

Selamat Pengantin Baru Cheryl

Pilih Pengarah, Ng Ping Ho sebagai suami

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menjalin percintaan, pengacara dan pelakon, Cheryl Samad mengakhiri zaman gadisnya apabila diijabkabulkan dengan pengarah dan penerbit, Ng Ping Ho pada 30 April lalu. Mereka disatukan di kediaman keluarga Cheryl di Seremban, disusuli majlis persandingan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 1 Mei.
Cheryl, 31, ketika dihubungi berkata, mereka tidak berniat merahsiakan perkahwinan itu daripada umum, sebaliknya memilih mengabadikan hari bersejarah bersama keluarga terdekat“Kami cuma menurut permintaan keluarga yang menginginkan majlis pernikahan dan perkahwinan dilangsungkan secara sederhana serta tidak terlalu digembar-gemburkan.“Sebenarnya, saya dan suami merancang untuk mengumumkan berita pernikahan kami kepada semua pada minggu depan. 
“Bagaimanapun, niat itu tidak menjadi kenyataan apabila ada yang terlebih dulu menghidu berita ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami kini sedang menyesuaikan diri untuk memulakan hidup sebagai suami isteri,” katanya. 
Pengacara Muzik Muzik itu berkata, beliau berkenalan dengan pengarah drama bersiri, Ghost dan Table For Two itu pada 2002 namun bibit percintaan mereka berputik sejak tiga tahun lalu. 
Hanya awal tahun ini mereka merancang untuk mengakhiri cinta itu di jenjang pelamin dan tarikh 30 April dipilih kerana kebetulan kesemua ahli keluarga bercuti panjang. 

Klik sini untuk berita penuh