Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Thursday, January 20, 2011

Bagaimana nak mengatasi marah

Assalamualaikum and Hello
Hai all...i'm back...selama menghilang ni rasa lazy-lazy mo update blog...banyak keja kena buat baa...
Oklah, entri kali ni aku nak kongsi tips2 nak menangani marah..entah la sejak dua tiga menjak ni, rasa marah dah menjadi2...asyik nak marah2 je...napa la tu ya..agaknya stress tak? atau pun dah boring dgn keadaan sekeliling....huhu...
Cubalah amalkan tips di bawah ni selalu agar rasa marah tu berkurangan...terutamanya aku ni...huhu
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i)Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
sumber: Ala..tak ingat dari tazkirah mana daaaa...