Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Tuesday, April 26, 2011

Wins Honda City?...wahhh siok

Assalamualaikum & Hello

TIRED OF CARPOOLING WITH YOUR FRIENDS? HERE'S HOW YOU CAN WIN A HONDA CITY!

Don't we all wish we have an easy breezy life where money grows on trees and we can afford everything?

We do have wishful thinking occasionally but this doesn't mean that wishes don't come true!

DiGi is here to grant us with a ‘senang senang menang’ contest & it's simple! All you need to do is to sign up, stay updated and stand a chance to win great prizes.

All you need is to send ON WIN to 2882. Do check out their website today.

Well, hello, iPad, GPS and Honda City... Wheee. Have fun sharing! 

Wah ni berita baik punyer....nak menang tak hadiah mingguan Honda City, ipad dan banyak lagi? Ni ada peraduan...senang jer..dah namanya Senang-senang Menang ;)

Klik here for more details

MOther's Day is around the corner

Assalamualaikum & Hello

Ha..tak lama lagi nak masuk bulan May...bulan May ni banyak sangat tarikh penting...antaranya 1 May (Hari Buruh), 8 May (Hari Ibu), 16 May (Hari Guru), pastu yang duk kat Sabah & Sarawak jer ada cuti 30 & 31 May....Tapi kat sini aku nak highlight satu event sempena Hari Ibu.Terbuka kepada semua yang bergelar ibu..event apa? Cuba klik kat link bawah ni yer...thank u

Mother – that was the bank where we deposited all our hurts and worries. Bring your mom & join the "Mom on FB" contest. #MomOnSummitFB

Monday, April 25, 2011

Cepatnya masa berlalu

Assalamulaikum & Hello

Adoii cepatnya masa berlalu...ni sdh hari Isnin..Monday blues tul...cepat2 la berlalu...tak sabar menunggu bulan Mei menerjah tiba ngeee

Thursday, April 21, 2011

Hati berbunga-bunga

Assalamualaikum & Hello

Aku cuma nak share yang hatiku tika ini berbunga2 chenta ewahhhh...esok hari keramat kerana yang ditunggu2 akan tiba yeaaaaaaaay ^_^

Wednesday, April 20, 2011

Mangkuk Tandas RM19316? biar betik!!

Assalamualaikum & Hello 


Menurut sebuah laporan akhbar di New York, US, sebuah mangkuk tandas yang dilengkapi sistem bunyi dan skrin sesentuh akan dijual pada harga AS$6,390 (RM19,316)...wow!!!
Tandas itu dikeluarkan oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS), Kohler yang diberi nama Numi. 
Naib Presiden Pemasaran Kohler, Jim Lewis berkata: "Ia merupakan satu produk penciptaan yang tulen. Kami membayangkan sebuah tandas yang mewujudkan satu kategori dalam kualiti yang tersendiri.
"Skrin sesentuh itu bertindak sebagai alat kawalan jauh dan mengawal ketinggian bunyi muzik dan dilengkapi alat pemain muzik MP3 serta pembunuh kuman.
Ia turut membolehkan pengguna mengawal suhu di bahagian tempat duduk mangkuk tersebut selain tekanan air dan mengandungi kemudahan memanaskan kaki. - Agensi



Seronoknya berblog ni jika....

Assalamualikum & Hello

Hah napa ngan tajuk di atas tu? hehe...itulah yang aku selalu pikir bila nak ce citer kat blog ni...kadang2 terpikir betapa seronoknya menulis blog ni bila ada cerita2 best yang ingin dikongsikan dan ayat yang mantap punya la...kadang2 juga terpikir kalu2 apa yang ditulis boleh mangundang jenaka kepada yang membaca...almaklum aku ni ibarat budak baru belajar tulis blog....dah la tu tak pandai lagi mengarang2 ni huhuhuhu
Ah, lantaklah kan..yang penting aku suka hahahahahhaaaa

DiGi...always the smarter choice

Anda mau menang HOnda City? DiGi ada jawapannya. Madness!! #DiGiSenang2Menang

Monday, April 18, 2011

35 korban puting beliung

SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma, kelmarin.
SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang 
selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma, kelmarin.

35 jadi korban puting beliung
2011/04/18

RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia. 
Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini. Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.
Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang. 
Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain. 
Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung ‘menyerang’ 13 negeri. 
Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan. 
“Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan,” kata Bryan Jackson. – Reuters/AP 

p/s: aku pernah termimpikan puting beliung ni.....dasat!!! Tapi search google, macam2 interpretasi aku dapat ngeeeee


Menu baru cegah obesiti

Assalamualaikum & Hello

Morning u all...pagi ni aku terbaca dalam berita online mengenai penjualan makanan sihat di kantin-kantin sekolah nak cegah obesiti di kalangan murid ( and guru2 jugak hehehehe) ..memang dari dulu lagi perkara ini tapi macam dipandang remeh jer oleh pengusaha kantin..tapi rasanya bukan semua kan? Anyways, bleh baca berita tu kat bawah ni..


SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Sunday, April 17, 2011

Ahad yang cerah....panas

Assalamualaikum & Hello

Salam hari Ahad smua...ke mana kita hari ni? Kat tempat aku hari ni cuaca tersangatlah cerahnya....panas jangan cakap la..pasang aircond pun tak terasa..tapi yang bestnyer kain2 yang berbakul2 dicuci cepat kering...syukur..tapi bila dah kering malas plak mau lipat hampehhh tul la...:P
Nampak gaya ada lagi baju berbakul2 tak berlipat ngeeee

Aku tak bleh tido ni...@_@

Assalamualaikum & Hello


Aku tak bleh tido laa...Kebelakangan ni asyik tido lambat...kalau buat keja tu satu hal tp ni kadang2 tak mengantuk pun ado walaupun tak buat keja.. nnt lama2 kepala aku pun dah tak betul asyik tido lambat...mana tidak, takda kualiti tido...siang pun aku jarang membuta tapi kenapa malam selalu berjaga mcm burung hantu? Ishhhhhh...penat dohhhhh..why the because? ngeeee

Saturday, April 16, 2011

PC Fair 2011 @ Tawau

Assalamualaikum & Hello

PC Fair datang lagi!!! Bermula Jumaat, 15 April lalu hingga Ahad ni, 17 April 2011...so sapa-sapa yang belum pegi tu, bolehlah pegi...samada mau beli lappy, pendrive, printer baru atau sekadar cuci mata..heheheee..sama-sama meriahkan majlis kata orang :P


Wednesday, April 13, 2011

Hai again.....

Assalamualaikum & Hello
Wah, lamanya tak meng-update blog ni. So how u guys are doing? ...
Kesibukkan melanda selama beberapa bulan ini..mau update blog pun dah tak larat. Cerita pun dah outdated..Cerita terbaru? hmmm..semua berkisar tentang kerja yang tak berapa best nak dikongsikan..huhu..cuma nak bagitau yang aku dah apply online gtukar...harap-harapnya dapat lah tuko...klu tak kita bako jer..hikhikhik demam usop wilcha :P
Tak lama lagi cuti dalam bulan Mei ni..so dah buat perancangan nak buat apa? Aku plak dalam cuti ni mana lagi...home sweet home la sambil menghadiri majlis kawin geng2 IPK dulu. Sambil tu bleh jumpa geng lama :)