Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Thursday, November 11, 2010

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

Penyanyi utama kumpulan Fotograf meninggal dunia

11 NOVEMBER, KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.



SUMBER: Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment