Welcome To My Blog....Hope you'll enjoy reading here :)

Monday, April 18, 2011

Menu baru cegah obesiti

Assalamualaikum & Hello

Morning u all...pagi ni aku terbaca dalam berita online mengenai penjualan makanan sihat di kantin-kantin sekolah nak cegah obesiti di kalangan murid ( and guru2 jugak hehehehe) ..memang dari dulu lagi perkara ini tapi macam dipandang remeh jer oleh pengusaha kantin..tapi rasanya bukan semua kan? Anyways, bleh baca berita tu kat bawah ni..


SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment